Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Malu Sebab Tak Handsome/Cantik

Pertama sekali Azhunk nak tanya, ada tak dikalangan pembaca blog ni pernah rasa Malu Sebab Tak Handsome/Cantik ? Contohnya kita mempunyai fizikal yang tidak sempurna, pendek, tinggi, gemuk, kurus, hitam, putih Ops , Maaf kalau agak "dale". Haha..Banyak kesan-kesan negatif akan kita dapat jika kita berasa sedemikian. Antara kesan-kesannya adalah :

  • Kurang berkeyakinan diri
  • Kufur nikmat
  • Takut untuk melakukan sesuatu perkara
Kurang berkeyakinan diri

Dari segi keyakinan diri, banyak perkara yang dipengaruhinya. Contohnya kita akan rasa malu untuk berada di kawasan awam (Kawasan ramai orang). Tidak yakin akan kebolehan diri seperti malu untuk bercakap dan membuat perbentangan. Hal ini akan mengundang masalah kepada kita.

Kufur nikmat

Tajuk ni lebih kepada agama pula. Ingatlah semua ciptaan Allah ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Jangan sesekali kita merungut, menyalahkan Allah, tidak puas hati, dan tidak bersyukur akan ketentuan Ilahi.

Sabda Rasulullah S.A.W berkata maksudnya :
"Sesiapa  yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat"
Jadi hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan apa Allah beri.

Takut untuk melakukan sesuatu perkara

Yang ni selalu berlaku khususnya pada golongan pelajar sekolah. Mereka takut nak menanyakan perkara yang tidak difahami di dalam kelas, takut untuk bersuara, takut untuk memberi pendapat. Sebab apa mereka takut untuk buat begitu ? Sebab takut terbolah/bolop.

Terbolah dan bolop ni perkataan negeri Che Siti Wan Kembang, Kelantan. Kalau dalam bahasa surat, maksudnya seperti kita melakukan sesuatu yang orang lain tak buat dan boleh memalukan kita.

Contohnya pergi ke sekolah, semua orang pakai kasut hitam kecuali kita, sebab kasut hitam kita di rumah basah, apa yang kita rasa ketika berada di sekolah  ? Perasaan itulah yang dipanggil sebagai terbolah. Haha! ! Dalam bahasa Kelantan. *Terbolahnya aku*

Bagaimana untuk mencegah kesan-kesan negatif di atas ?

  • Fikirlah bahawa semua kejadian Allah tidak sempurna, ada kekurangan dan kelebihannya masing-masing
  • Berfikiran positif, jadikan kata-kata kritik dari orang lain sebagai pembakar semangat untuk mengubah diri ke arah kemajuan
  • Set in mind yang kita ni boleh lakukan. Boleh membuat perbentangan dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi
Itu sahaja perkongsian dari Azhunk ;) Ambillah yang boleh diterima, dan buang yang sebaliknya.

No comments:

Post Top Ad