Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Ramadhan al-Mubarak

Puasa dah nak dekat, kurang dari 4 hari semua penganut agama Islam akan berpuasa Insya-Allah. Bulan Ramadhan ni best, sebabnya ada Bazar Ramadhan, macam pasar malam tetapi lebih besar dan meriah. Pelbagai makanan/kuih muih/minuman boleh didapati di sana. Area rumah saya pun ada Bazar Ramadhan, memang akan pergi selagi bertenaga.



Tapi kalau dah pergi tu, tengok semua jenis makanan nak beli, tetapi selepas berbuka (Selepas Azan Maghrib), rasa tak habis pula. Semasa saya pergi CAMP , masa pagi itu ada santapan rohani oleh seorang Ustaz. Walaupun dalam keadaan mengantuk, best juga lah tazkirah beliau, rasa nak dengar.
Suare beliau masa mengaji pun best




Dia ada kata, di setiap tempat di atas muka bumi ini ada keistimewaan dia masing-masing. Contohnya sesetengah tanaman hanya akan tumbuh subur di tempat yang tertentu sahaja. Dan dia cakap Kurma ini bagus untuk bersahur. Sebab Kurma membekalkan kita tenaga yang lebih dari buah lain. Kurma sedap, tak yang best nya makan sebanyak mana tak akan kena penyakit kencing manis Insya-Allah.

Banyak kebaikan di bulan Ramadhan ni. Contohnya, kita boleh menghargai rezeki Allah dan boleh merasa betapa payahnya hidup berlapar. Kita juga boleh berjimat cermat dari membazir. Tak lupa juga kita akan sentiasa ingat kepada Maha Penyayang. Sesungguhnya rasulullah pernah bersabda :

“Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”


i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.
ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ‘Siyam’ atau ‘Soum’ Kedua-duanya berasal dari kata dasar ‘Sa-wa-ma’, di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.
iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.
iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ‘Lailatul Qadar’ di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”


Saya taknak bercakap panjanglah, Saya nak ucapkan Selamat Berpuasa dan Menyambut Ramadhan Al-MUBARAK.

P/S : Kalau datang blogwalking sini, sila jangan sorot shoutmix awk tu ye, susah nak balas kunjungan or tinggalkan pesanan.

4 comments:

Sya Izz said...

happy ramadhan :D

PS: Kalau duk asrama, ramadhan lg bessssttt XD

fieha said...

salam ramadhan :)

Azhunk Awang said...

Sya Izz : Haha duk asrama memang letih lah, tetapi orang kata kita buat kerja banyak bulan puasa lagi banyak pahala. Happy Ramadhan too ^_^

Azhunk Awang said...

Fieha : Salam Ramadhan jugak ^_^

Post Top Ad