Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
June 07, 2014

Makan Beradab Ali 2014

by , in
Alhamdulillah, selesai juga event besar yang di'handle' 100% daripada semua ahli Rumah ALI, KISAS, termasuk diri azhan sendiri InsyaAllah.

Event Makan Beradab Rumah, yang dijalankan tiap-tiap tahun. Rasanya wajib untuk semua SBP dekat Malaysia ni.

Event tu memang berjalan dengan sangat lancar ibarat jet ski di atas ais, sampaikan PK 1, Ustaz Nordin puji kami atas ke'licinan' event tersebut. Alhamdulillah.

Walaubagaimanapun, orang behind the scene sahajalah yang tahu apa yang berlaku di saat tarikh event itu menghampiri.

Nak dijadikan cerita, kami sempat berhempas-pulas sehingga tunggang-langgang tak tidur malam untuk menyiapkan video sempena makan beradab WITHIN 2 days!

Peristiwa sadis adalah kami sedang menjalani perkampungan ilmu, azhan tidur sewaktu kelas Bahasa Arab sehingga di panggil oleh cikgu, Malu! Ni semua gara-gara tak tidur semalaman untuk menyiapkan video.

Sangat malu!

Alhamdulillah, inilah video yang telah kami siapkan, kalian boleh layan ye.



Ini adalah gambar sewaktu program berlangsung.

Ukhuwah kami =)

KR kami yang disayangi

Fikri, Asyraf, Haikal, Azfar As-Sufi and so on...

Sebelah kiri modelnya, Nik Haziq dan sebelah kanan photographer. 

Main actor kita, Jalil.

Director terkenal, Syafaril Izhan or most well known as CEP

Namanya Azhan juga, orang Borneo bah. =)

Kami semua.


Azhan akan buat satu entri yang menerangkan detail tentang kami dalam menyiapkan dan menjayakan event ini, insyaAllah dalam masa terdekat.

Terima kasih kerana sudi membaca.
June 05, 2014

Tipu Sunat di Kenduri

by , in
Tengah syok main Red Alert II tadi, sikit lagi nak menang, mak Azhan tiba-tiba mencelah,

"Nak pergi makan gulai ke tak?"

Makan gulai? erk.

Alang-alang harini kan pekerja dekat Terengganu balik awal, jadi ayah Azhan balik awal kerja, pukul 3:30.

Jadi dengan hati yang berkobar-kobar nak menang Red Alert II, Azhan teruskan main sampai menang! Alhamdulillah.

Azan Asar kedengaran. Kami sekeluarga solat Asar dulu, baru bertolak pergi Setiu untuk kenduri kecil.

Ni sebenarnya bukan main point sebenar, Azhan nak cerita benda lain sebenarnya.

Semasa tengah syok makan nasi dengan gulai daging dan air hijau (tak tahu namanya, tapi warnanya hijau), tiba-tiba anak kepada tuan rumah tu datang dan tegur. Mak Azhan bagitahu yang Azhan ni belajar dekat KISAS, Klang (sebab waris tu tinggal dekat Klang).

Jadi, sekarang ni baru masuk kepada cerita utama pada entri kali ini, hehe. Banyak merapu!

Mak cik tu bagitahu Azhan bahawa suami dia telah pergi dekat KISAS sebelum cuti sekolah untuk membersihkan tangki.

Dia tanya, perasan tak?

Dalam hati berbunyi "Ait, ade ke?" tapi mulut mengeluarkan, "a'ah, perasan..." (sambil senyum terbolah).

Lepastu dia panggil suami dia, (Alamak, apa aku nak jawab ni @_@, aiyok). Lepastu Azhan cuba cover,

"Sebenarnya tak kenal sangat sape yang baiki tangki, cuma tahu yang tangki air sedang dibaiki".

Fuhhh! Nasib baik sempat cover.

The end, padahal Azhan tak pernah tahu pun yang tangki air pernah dibaiki, tapi terpaksa jawab macam tu. Sebab apa? Nak jaga perasaan dia.

Nanti malu pulak dia kalau tersalah, kan?

Tak pastilah ini boleh dikategorikan dalam tipu sunat atau tidak.
June 04, 2014

Alhamdulillah, Tempahan Vector

by , in
Alhamdulillah. Setelah berbulan-bulan duit tak masuk melalui laptop ni, akhirnya masuk juga.

Kaching! Kaching!

Setelah beberapa hari bercuti, ana check Fanpage Rehlatul Syabab.

Check notification, 1 unread message

Cepat-cepatlah nak baca, tup tup. Ada permohonan untuk membuat tempahan dari seorang kakak ni. Dia nak tempah vector. Vector itu apa?

Vector itu lebih kurang potrait muka sendiri lah, boleh tengok dekat halaman order di blog Rehlatul Syabab ini.

Boleh simply TEKAN SINI

Jadi tu lah vector, harganya hanya RM5 sahaja! Murah tahap gila kan?

Pembayaran boleh dibuat melalui topup sahaja, sangat senang dan flexible.

Jadi akak ni tempah vector dari ana, ana siapkan lebih kurang 2 hari. Alhamdulillah.

Keluarlah hasil macam ni bawah =)

Ana respect akak ni, sebab apa? Dia buat pembayaran tersangat awal dan sangat komited dengan urusan perniagaan.

Dia berpuas hati dengan hasil lukisan ana dan bercadang untuk menempah lagi, Alhamdulillah. Happy apabila dengar ada orang suka dengan hasil karya kita.

Cuti-cuti macam ni bolehlah jana duit sedikit.

Terima kasih kepada blog Rehlatul Syabab sebab dah menemukan ana dengan pelanggan yang sangat baik.

Segala lukisan fully dilukis dan diwarnakan serta dishading menggunakan Microsoft Excel 2007
June 03, 2014

Ya Allah, Dosaku!

by , in
Ya Allah, aku sangat berdosa terhadapmu ya Allah.

Aku sudah hanyut dibuai keindahan dan ke'fantastik'an dunia yang fana ini.

Sahabat-sahabat pembaca yang sudi melayan entri ana ini, ana rasa menyesal dan takut.

Takut apabila ana bukak Facebook, apabila ana bukak Blogspot. Ana lihat sidebar sebelah kanan, bahagian Archive. Ana bukak entri ana yang lama, astaghfirullahalazim!

Dengan post yang sangat duniawi, dengan gambar/lirik/ayat/video yang tidak menutup aurat dengan sempurna, ana malu.

Kalian pula bagaimana?

Cuba buka Facebook/Blogspot atau laman sosial yang kalian aktif, cuba gali dalam-dalam post yang lepas. Apa yang kalian jumpa?

Ana dah cuba untuk delete semua tu, tapi masih ada juga sisa-sisa tiket ke neraka. 

Tapi kita tidak boleh berputus asa, ayuh rakan sekalian! Kita cari perkara yang boleh mendatangkan dosa kepada kita, kita buang! Kita isikan ilmu yang bermanfaat yang mana akan membawa manfaat walaupun kita sudah pun berada di liang lahad. InsyaAllah.

Ana juga ingin mendoakan artis-artis yang sudah kembali ke jalan yang benar, tetapi tidak mampu untuk men'clear'kan segala keaiban mereka yang sudah tersebar luas seperti virus H1N1, supaya diampunkan dosa oleh Allah.

Muhasabah bersama. Terima kasih kawan kerana sudi membaca.




June 01, 2014

Cuti! Dibazirkan Ke?

by , in
Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan duduk dekat asrama, akhirnya berpeluang untuk rehat di rumah bersama keluarga.

So, macam mana cuti kalian? Mesti seronokkan.

Tapi ana sangat sedih apabila menjelang holiday, sebabnya routine harian akan maintain saja.

Bangun lewat - Makan - Tengok TV / Online - Tidur Lewat

Homework pulak macam mana? alah biasa jer, macam tak tahu. Ana rasa semua manusia sama, cuti ni memang mustahil dihabiskan dengan study/revisi/homework 24 jam sehari kan?

Memang mustahil.

Setiap hari ana akan tidur pukul 1 atau 2 pagi, tengok movie yang best-best. Astro Ria lah, Citra lah, dan macam macam lagi lah.

Bangun pulak untuk solat subuh je, lepastu sambung tidur sampai 11 atau 12 tengahari.

Sangat membazir bukan?

Kalau bangun lambat, mesti :


  • Muka rasa rimas sangat
  • Berminyak
  • Panas
  • Malas
  • Letih
  • Sakit kepala
  • Nak tidur lagi
  • Penat

Nampak tak impak-impak negatifnya disitu? 

Walau bagaimanapun, ana tengah ber'struggle' untuk melawan nafsu supaya tidak tidur selepas Subuh dah. Supaya masa dapat digunakan dengan perkara yang bermanfaat.

Alhamdulillah dah berjaya dah sikit-sikit. Rasa lain sangat dan amat selesa.

Saran ana, kepada semua yang kaki tidur dekat rumah tu, tak payah lah habiskan waktu untuk tidur selepas Subuh. Kalau tak tidur, lagi seronok rasa. Lagi fresh!
May 29, 2014

Mudah Menangis?

by , in
Menurut kajian sains, menangis dapat membersihkan mata.

Selain itu, menangis juga dapat membawa pelbagai manfaat.

Malangnya, apabila lelaki mudah menangis ketika ditayangkan paparan yang menyedihkan, akan dianggap sebagai pondan, lembik, lembut dan sebagainya.

Yes, lembut. Sememangnya lelaki yang mudah menangis ialah lelaki yang lembut. Lembut di sini bukan bermakna dari segi fizikal, tetapi lembut hatinya.

Lembut lawannya keras bukan? ana harap kita sama-sama dapat bezakan hati yang lembut dan hati yang keras.

Sahabat ana, Fakhri (bukan nama sebenar) pernah menceritakan.

Pada hari pertama dia ditayangkan video tentang pengorbanan seorang ibu, beliau tak rasa apa-apa. Sekadar tengok sahaja. Berbeza dengan ketika beliau berumur 12 tahun, ketika ditayangkan sahaja video tentang ibu, beliau pasti menitiskan air mata menyesal.

Pada hari seterusnya beliau ditayangkan lagi video yang sedih. Beliau berasa sayu.

Dan pada kali ketiga ditayangkan video yang menghayat hati, beliau menggugurkan air mata.

"Saya rasa amat lega dan berazam ingin membuat perubahan. Mungkin sebelum ini video-video ini tidak dapat menyentuh hati saya kerana hati saya terlampau keras dek kerana banyak melakukan maksiat dimuka bumi Allah ini. Tetapi alhamdulillah akhirnya Allah membuka hati saya untuk menginsafi dan berubah".

Konklusinya, jangan malu dan takut untuk menangis. Ia membawa 1001 manfaat kepada kita.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis”
March 16, 2014

Wahai Wanita, Tutuplah Aurat

by , in
Bismillahirahmanirahim.

Secara khususnya, entri pada kali ini dinukil khas bagi golongan wanita Islam yang masih teragak-agak untuk menutup aurat sepenuhnya. Contohnya, tidak memakai tudung.

Pertama sekali, ana ingin memberi penjelasan tentang darjat seorang wanita di muka bumi Allah ini.

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"

Allah memerintahkan wanita untuk menutup auratnya dari rambut ke kaki kecuali muka dan telapak tangannya manakala lelaki bermula dari pusat sehingga ke lutut.

Persoalannya, mengapa aurat wanita lebih banyak berbanding lelaki? Hal ini adalah kerana, seluruh anggota badan wanita adalah bernilai. Wanita adalah sangat berharga.

Potongan daripada sebuah hadis.

"Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang saya berhak pergauli(layani) dengan baik"

Rasulullah menjawab,
"Ibumu"

Sahabat bertanya lagi,
"Lalu siapa?"

Rasulullah mengulangi,
"Ibumu"

Sahabat bertanya lagi,
"Lalu siapa?"

Rasulullah mengulangi,
"Ibumu"

Sahabat bertanya lagi,
"Lalu siapa?"

Rasulullah menjawab,
"Bapamu"
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Wanita adalah 3 kali ganda tinggi darjatnya berbanding lelaki. Statement di sini bukan ingin merendahkan martabat atau darjat lelaki, tetapi untuk membuktikan betapa bernilainya wanita.

Baiklah, seterusnya kita masuk kepada tajuk artikel pada kali ini. Suka ana untuk kongsi sebuah cerita lagi.

Ana ada seorang sahabat, beliau pada asalnya tidak memakai tudung. Tetapi setelah bertahun-tahun ana tidak menghubunginya, tiba-tiba keluar 'pop up' sebuah mesej di Facebook dari sahabat ana tersebut.

Beliau menyatakan beliau sudah berhijrah, pakai tudung. Tetapi malangnya, beliau menghadapi masalah. 

Apakah masalahnya? Beliau mengutarakan, tindakan beliau untuk memakai tudung dipandang aneh oleh orang persekitarannya seperti ahli keluarga dan rakan. Jadi, beliau teragak-agak untuk memakai tudung di depan mereka.

Ana memberitahu sahabat tersebut, "Pakailah tudung. Walaupun tak mampu untuk pakai di depan mereka, maka pakailah di belakang mereka. Sekurang-kurangnya ada terdetik niat untuk berhijrah di dalam qalbu(hati) kita."

Alhamdulillah, beliau sudah bertudung sekarang. Sama ada di depan mahupun di belakang.

Ana ingin kongsi sebuah lagi kisah yang diambil daripada hadis Rasulullah. Lebih kurang macam ini lah mafhumnya.

Seorang pembunuh lelaki telah membunuh 99 manusia. Dengan hidayah Allah, terdetik di dalam hatinya untuk insaf dan kembali bertaubat kepada Allah. Beliau menanyakan kepada seorang lelaki yang dijumpainya di tepi jalan,

"Bagaimanakah caranya untuk aku menemui seorang pendeta?"

Lelaki tersebut memberitahu pembunuh itu cara untuk menemui pendeta di dalam sebuah kota.

Ketika pembunuh itu berhadapan dengan pendeta, diajukan sebuah soalan,
"Aku telah membunuh 99 manusia, adakah diterima taubatku?"

Pendeta tersebut menjawab,
"Tidak sama sekali, engkau telah membunuh begitu ramai manusia. Sudah tentu Allah tidak akan menerima taubatmu"

Pembunuh itu lalu membunuh pendeta tersebut maka genaplah 100 orang manusia dibunuhnya.

Lalu pembunuh itu menemui seorang yang alim lalu bertanya,
"Aku telah membunuh 100 manusia, adakah diterima taubatku?"

si Alim tersebut menjawab,
"Sudah tentu diterima, Allah Maha Pengampun, kamu perlu berhijrah ke tempat di mana penduduknya taat kepada perintah Allah kerana tempat yang kamu tinggal sekarang tidak sesuai buatmu"

Pembunuh tersebut lalu berhijrah ke sebuah kota. Di dalam perjalanannya, beliau telah menemui ajal.

Kemudian datanglah malaikat rahmat dan malaikat azab. Kedua-dua malaikat ini berebut untuk membawa rohnya. Kedua-duanya mempunyai hujah masing-masing

"Dia telah berniat untuk berubah, biarlah aku mengambilnya,"
kata malaikat rahmat.

"Dia telah melakukan dosa yang begitu banyak, biarlah aku mengambilnya,"
kata malaikat azab.

Pertengkaran yang kecil ini diadili oleh Allah, Allah menyuruh malaikat mengira jarak perjalannya dari tempat asalnya ke tempat yang ditujunya.

Hasilnya, si pembunuh tersebut telah melebihi separuh daripada perjalanannya. Bermakna, kedudukannya lebih dekat dengan tempat ditujunya berbanding tempat asalnya. Lalu Allah memerintahkan malaikat rahmat untuk mengambil rohnya.

Allahurabbi, betapa senangnya nak masuk ke syurga Allah.

Allah Maha Adil, jadi kita ambil 'ibrah dari kisah ini dan kaitkan dengan tajuk entri pada kali ini. Seorang wanita, kalau tak mampu nak pakai purdah, berjilbab labuh sehingga mencecah lantai, berjubah hitam macam langsir, Tidak mengapa.

Perubahan harus dilakukan secara berperingkat-peringkat. Kalian pakai tudung yang menutupi dada dan berpakaian longgar pun dah cukup. Dari aspek kekemasan dah lulus, syurga dah menanti InsyaAllah.



Jadi, jom buat perubahan :)

Wallahu a'lam

Post Top Ad