Post Top Ad

Home Top Ad

Responsive Ads Here
December 21, 2013

Pandangan Terhadap Islam

by , in
Perbualan di dalam gambar tersebut adalah perbualan di antara senior ana dengan cikgu kimia di sekolah ana. Maaf ana terpaksa rahsiakan identiti kedua-dua insan sebab takut tersentuh mana-mana sensitiviti.

Ana baru tahu bahawa cikgu kimia yang sudah setahun bersama ana, mengajar ana ialah seorang muallaf daripada kristian.

Jadi ana ingin berkongsi apa pendapat beliau tentang agama Islam yang insyaAllah boleh menjadi pemangkin kepada kita untuk mempertahankan agama Islam ini.

Ana nak highlight, cikgu ana ada menyebutkan,

"Mereka tidak tahu kenapa Islam harus tutup aurat, bagi mereka itu sekadar menyusahkan. Jadi kita sebagai umat Islam harus menunjukkan akhlak yang mulia supaya mereka ingin mengenali Islam".

Pada pendapat ana, cikgu ana ni memang hebat. Setiap kali kelas beliau, beliau akan senyum je sampai habis kelas. Ana rasa tenang je bila beliau mengajar. Ana juga rasa beliau seorang yang alim dalam agama termasuk pada zaman beliau sebelum Islam.

Disebabkan naluri beliau untuk mencari Allah amat kuat, jadi Allah bukakan pintu hidayah untuk masuk Islam.

Secara keseluruhannya, apa yang kita perlu buat? Ana rasa semua dah tahu.

Kita perlu menunjukkan akhlak yang sebaik mungkin. Bersihkan Melayu, bersihkan Malaysia, bersihkan Islam!

Ana kecewa sangat dengan sikap anak muda sekarang ni. Cuba search "melayu" dekat google, resultnya majoriti negatif.

InsyaAllah sama-sama kita doakan, dan sebarkan kata-kata da'wah yang mungkin boleh membuka hati mereka.

Ana juga memohon kalian untuk mendoakan kepada kedua ibu bapa cikgu ana supaya terbuka hati untuk memeluk Islam, insyaAllah.
December 21, 2013

Rezeki Di Waktu DhuhaMu

by , in
Seperti yang sudah sedia maklum, perkara yang sinonim dengan waktu dhuha adalah solat dhuha. Solat dhuha merupakan solat yang didirikan sebanyak 2 rakaat, tetapi boleh didirikan sebanyak 12 rakaat dalam 6 kali solat. Seperti yang ana maklum, solat dhuha paling afdhal didirikan sebanyak 4 rakaat iaitu 2 kali solat.

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadis lain dari Nuwas bin Sam’an,  
“Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   
(HR. Haklim dan Tabrani).

Waktu dhuha pula dikenali sebagai waktu awwabin, iaitu waktu di mana setiap makhluk terutamanya manusia sedang sibuk untuk mencari rezeki daripada Allah.

Pernah dengar orang kata

"Waktu dhuha ni, pintu rezeki kita akan dibuka luas oleh Allah"

Ya, benar. Pada waktu yang mencabar sebegini, jika kita luangkan tidak sampai 10 minit untuk mengerjakan solat dhuha, insyaAllah akan dimurahkan rezeki.

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda :
"Sesiapa yang mengerjakan solat dhuha dengan istiqamah, nescaya akan diampuni dosanya oleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan"

Waktu solat dhuha adalah 28 minit selepas SYURUK. Kalau dekat Malaysia, pukul 8 pagi sudah boleh dikerjakan solat dhuha, insyaAllah.

Selain itu, kita juga digalakkan untuk berdoa pada waktu dhuha. Ana ada sediakan doa dhuha dalam bahasa arab, maknanya juga ada disediakan di bawah supaya doa jadi lebih makbul.



"Ya Allah, 
Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu
Kecantikannya kecantikanMu
Keindahannya keindahanMu
Kekuatannya kekuatanMu
Kekuasaannya kekuasaanMu
Perlindungannya perlindunyanMu

Ya Allah,
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
KecantikanMu
KeindahanMu
KekuatanMu
KekuasaanMu
Limpahkan kepadaku segala
Yang telah engkau limpahkan
Kepada hamba-hambaMu
Yang soleh"



December 20, 2013

Muslimat Ila Jannah

by , in
Orang-orang perempuan Islam ke Syurga Allah. Di sini ana ingin berkongsi dengan antum semua sebuah kisah. Kebenaran kisah ini tidak dijamin 100% tetapi iktibarnya boleh diambil sebagai peringatan bersama.

Di bawah ana sediakan illustrasi atau doodle macam mana seorang wanita muslimah ingin masuk ke syurga. Ana izinkan kalau ada pihak nak kongsi hasil-hasil di blog ni.


Suatu malam, seorang anak yang telah kematian ibu dan ayahnya di dalam kemalangan jalanraya, telah bermimpi. Ayahnya seorang guru. Begitu juga ibunya.

Dalam mimpinya, datanglah ayahandanya dalam wajah yang tenang dan ceria. Bondanya tersenyum di sisi.

Anak: "Ayah, berseri-serinya wajah ayah. Rindunya pada ayah dan mama." (menangis)

Ayah: "La Tahzan anakku. Sesungguhnya ayah baik-baik saja di sini. Jangan risau. Teruskan hidupmu dengan tabah. Jadilah anak yang soleh, kerana solehmu itulah yang meringankan dan membantu kami di alam barzakh."

Anak: "Insya-Allah, ayah. Ayah, boleh saya tanya?"

Ayah: "Silakan."

Anak: "Bagaimana ayah nampak ceria sekali? Bukankah alam barzakh itu begitu seram dan menakutkan?"

Ayah: "Iya nak. Alam kubur sangat mengerikan. Namun, kerana ilmu yang bermanfaat yang ayah ajar di sekolah pada anak-anak murid, itulah yang membantu ayah di sini."

Anak: "Itu je?"

Ayah: "Juga kerana jasa mama mu."

Anak: "Wah..nak tahu.."

Ayah: "Ada dua jasa besar mama yang ayah tak pernah ceritakan pada anak-anak sebelum dan selama ni."

Anak: "Apa dia?"

Ayah: "Pertama, mama mu taat cakap ayah tidak pernah membantah atau meninggi suara. Setia, tidak suka bercakap dengan lelaki lain walaupun ayah tidak kongkong mama begitu. Kalau mama nak cakap, akan minta izin dengan ayah. Mama tidak suka bergaul rapat dengan jiran-jiran jika tiada urusan kerana jiran terlalu banyak mengumpat dan mama tak suka. Mama jaga harta ayah dan tidak guna sewenangnya kecuali untuk keluarga semata-mata. Tidak pernah mama minta sesuatu yang tak mampu ayah tunaikan. Cincin atau rantai emas berpuluh ribu tidak pernah dimintanya."

Anak: "Alhamdulillah. Kedua?"

Ayah: "Kedua, mama menjaga auratnya. Hatta ipar sendiri tidak pernah melihat aurat mama. Mama tidak berpurdah, namun mama pandai menjaga aurat. Mama bukan wanita yang sempurna segala sudut, namun melengkapi hidup ayah setiap sudut. Mama menutupi kekurangan ayah dengan kelebihannya, dan begitu juga ayah pada mama."

Anak: "Masya-Allah tabarakallah.. Nampak kecil dan remeh, namun besar dunia jasanya pada ayah..Allah..Allah.."

Ayah: "Jadi, pesanlah pada adik-adik perempuanmu. Sebagai abang yang sulung, bantulah mereka sekurang-kurangnya ikut jejak langkah mama. Jadikan Saidatina Khadijah atau Aisyah R.A. sebagai role model muslimah mereka, itu lebih baik. Banyakkan berselawat pada Nabi S.A.W. Banyakkan baca al-Quran. Semua ini menolong di dalam kubur kelak. Bacalah Surah al-Mulk sebelum tidur. Istighfar setiap masa."

Ayah dan ibunya kemudian datang memeluk erat si anak.

Seketika, si anak tersedar dari mimpi.

Linangan air mata hangat mengalir di pipi.


Ayuh kita sama-sama mencontohi kisah di atas supaya kita mendapat saham di alam barzakh nanti. InsyaAllah.

Credit : Sumber
December 19, 2013

Tahniah Dan Syabas Adik

by , in
Tahniah sebab dah berjaya ye para juniors.

Berjaya apa? Berjaya menduduki dan ambil result PMR dengan jayanya :).

Ingat senang ke nak berjaya pada tahap ni? Ini dah membuktikan kalian akan masuk era baru setelah menduduki zaman remaja. Kamu semua dah banyak bekerja keras, dan sekarang boleh tengok tahap permulaan di dalam pembelajaran.

Kalau tinggi? Usahakan untuk kekalkan pencapaian.

Kalau kurang tinggi? Refleksi diri, lihat yang mana boleh ubah ke arah lebih baik.

JANGAN JADI SEPERTI DI BAWAH !

Tinggi : YAY (FINALLY)
Kurang Tinggi : Aku GAGAL! :(

Tahniah juga dekat bekas sekolah ana, 34 orang straight A's PMR dan mendapat tempat ketiga tertinggi di daerah.
December 18, 2013

Semakan Result Keputusan PMR Online

by , in
Pertama sekali, ana nak ucapkan tahniah kepada semua-semua adik junior yang telah berjaya menduduki peperiksaan PMR sesi 2013.

Malam ni merupakan malam terakhir sebelum diumumkan keputusan peperiksaan PMR adik-adik pada tahun 2013. Jadi sudah tentu jiwa kalian sedang serabut dan nervous yang teramat sangatkan?

Jangan risau dik, result ok ke tak ok itu bukan penentu hidup kita!

Ana nak kongsi beberapa cara untuk adik-adik menyemak keputusan peperiksaan masing-masing secara online, tanpa perlu pergi ke sekolah.

Macam ana dulu. Waktu nak ambil keputusan PMR dekat sekolah, ana tak pergi. Sebab takut teramat sangat. Ana check result menggunakan telefon melalui SMS.

Semak keputusan PMR menggunakan telefon :

Check SMS: Type PMR [IC Number] [Angka Giliran] and send to 15888 Example: PMR 980310035879 AZ005W055 send to 15888

Semak keputusan PMR secara online :

http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Tekan pautan dekat atas, boleh check dengan senang!

Tapi sekarang tak boleh lagi, try esok ya dalam jam 10-11. Selamat Berjaya!

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Credit : Sumber
December 18, 2013

Takde Adab, Biadap!

by , in
Terkejut tengok ada seorang budak lelaki ni, lingkungan tingkatan 2-3 sedang duduk berlunjur dalam masjid waktu kuliah selepas maghrib.

Tak beradabnya! Tapi tak boleh salahkan dia juga, sebab memang dah terbiasa. Dilahirkan dalam suasana kurang beradab.

Tu tak bermakna kita kena teruskan kehidupan yang boleh dikatakan agak jahil kan? Kita mampu ubah. Kita belajar, kita dengar dan kita ubah.

Di bawah ni illustrasi doodle yang ana buat, menunjukkan dua adab berada di majlis ilmu secara khusus. Cara duduk dan cara pemakaian. Common mistake yang selalu dibuat oleh anak muda kan?

Kata senior
"Kalau Sheikh Nuruddin nampak kamu tak beradab dalam majlis ilmu dia, time tu jugak dia akan suruh kamu keluar dari majlis ilmu".

Tegas kan?

Jom sama-sama kita mengubah diri ke arah kebaikan, insyaAllah!
December 14, 2013

Kenapa Allah Tarik Nikmat

by , in
Alhamdulillah, minggu ni merupakan minggu yang agak sukar bagi ana. First, laptop rosak. Lepastu tangan dengan kaki dijangkiti bakteria, demam suhu mencecah 39.2 darjah celcius dan ade ulser dalam tekak.

Biasanya waktu sakit, ana akan pergi Klinik Hasbullah Jerteh sebagai ikhtiar untuk memohon kesembuhan daripada Allah. Malangnya, klinik tu tutup, cuti sampai 1 Januari 2013.

Waktu demam, kuat sangat ana merungut dalam rumah, lepastu kena tegur dekat kakak.

"Kak ja dengar ustaz oyap, kalu kito keno nyakit gapo-gapo, Allah akan antar selaluh malaikat dekat kito. Malaikat tu ake jadi supo CCTV. Bilo ore melawat kito sakit, dio akan perhati gapo kito akan jawab dekat ore hak melawat kito.

Kalu kito jawab syukur alhamdulillah nge redho hok Allah buwi, kita akan masuk syurgo kalu mati time tuh.

Kalu kito merungut royak sakit dok tehe semua-semua tu, maknonyo kito dok redho dekat gapo hak Allah buwi"

Oh, jadi tak boleh merungut dah lepas ni. InsyaAllah akanku ikat mulut kuat-kuat supaya berhenti merungut demi mencapai redha Allah.

Masuk bab laptop pulak. Suatu hari, anak sedara ana nak main laptop (game ultraman online). Ana suruh dia ambil sendiri laptop dari meja dalam bilik ayah. Nak dijadikan cerita, laptop tu terjatuh then boom! rosak, screen tak keluar.

Arghhh, memang stres.

Lepas lebih kurang 3 hari yakni hari ni, ayah bawak laptop nak pergi repair. Sampai dekat kedai komputer, tiba-tiba je laptop tu dah okay, boleh bukak. Ayah pun minta dia baiki keyboard yang selama ni ada beberapa huruf rosak. Tak sampai pun 5 huruf.

Keyboard rosak sebab tertumpah air, tapi Alhamdulillah! Sekarang ni semua keyboard dah berfungsi dengan baik.

Allahurabbi.

Allah tarik nikmat untuk beri nikmat yang lebih baik kepada kita dan ingin kita sentiasa ingat kepadanya.

Sumber Illustrasi : iluvislam

Post Top Ad